MISI

 

Unit Dietetik & Sajian

 

PERKHIDMATAN SAJIAN

Membekalkan diet harian yang betul mengikut Standard Kementerian Kesihatan Malaysia dan sesuai dengan keperluan pemakanan pesakit serta mengikut selera dan cita rasa tempatan.Ia mesti menyumbangkan nutrien yang mencukupi bagi membolehkan badan berfungsi dengan normal untuk pertumbuhan dan pembaikian tisu- tisu rosak.

  • Diet pesakit akan disediakan mengikut pesanan wad.

  • Diet akan dibekalkan empat kali sehari mengikut jadual seperti berikut :-

Sarapan Pagi         :   7.30pagi    -   8.00pagi

Makan Tengahari  :   11.30pagi  -  12.00tengahari

Minum Petang       :   2.30petang -  3.00petang

Makan Malam       :   5.00petang -  5.30petang

 

Bagi kes baru sebelum 5.15 petang, diet akan disediakan dalam masa 30 minit selepas pesanan tetapi diet yang akan diberikan tidak semestinya sama dengan diet normal tetapi akan dipastikan bersesuaian dan bermutu.

 

PERKHIDMATAN DIETETIK

Tiap pesakit yang dirujuk akan mendapat perkhidmatan sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio ekonomi.

Tiap pesakit yang dirujuk akan diberi maklumat yang jelas mengenai aspek penjagaan diet bersesuaian mengikut keadaan penyakit masing – masing.

Jangkamasa kaunseling diet:

Bagi pesakit yang baru dirujuk :- 30 – 45 minit

Bagi pesakit ulangan                 :- 15 – 20 minit

 

Bagi pesakit dalam yang dirujuk, pesakit akan diberi perkhidmatan klinikal dietetik dalam tempoh 24 jam bagi kes – kes kritikal dan dalam tempoh 72 jam bagi kes-kes tidak kritikal.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila berhubung dengan :-

    1 ) Pegawai Dietetik ~ 09-6090333 samb. 410

    2 ) Penolong Pegawai Penyediaan Makanan ~ 09-6090333 samb. 408/409