-
Mengedarkan surat-surat yang telah diminitkan dalam masa 2 hari.
-
Menyediakan dan mengedarkan minit-minit mesyuarat dalam masa 7
hari dari tarikh mesyuarat.
-
Memproses permohonan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen-dokumen yang
lengkap.
-
Memproses permohonan perolehan bekalan, perkhidmatan dan bekalan
pejabat yang diluluskan dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan.
-
Menyedia dan mengedarkan Penyata Perbelanjaan kepada Ketua-Ketua
Bahagian sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan.
-
Memproses dan mempastikan semua anggota yang baru dilantik
menerima gaji dalam masa 2 bulan dari tarikh melaporkan diri.
-
Menyediakan Penyata Gaji ( Borang EC ) untuk tujuan taksiran
cukai pendapatan dalam masa 5 hari.
-
Memproses kertas-kertas persaraan 12 bulan sebelum tarikh
persaraan paksa seseorang anggota.
-
Menyimpan dan mempastikan maklumat-maklumat peribadi dan sulit
tidak dibaca atau diketahui oleh pihak yang tidak berkaitan
dengannya.
-
Memproses permohonan pertukaran dalam masa 7 hari
-
Memproses perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian
Taraf Berpencen 3 bulan sebelum tarikh kuatkuasa.
-
Memproses baucer-baucer tuntutan dalam tempoh 10 hari pertama
setiap bulan.