Setiap pesakit akan diberi
perkhidmatan yang saksama berkualiti
Setiap pesakit akan diberi perawatan yang
setaraf mengikut keperluannya tanpa mengambil kira keturunan,agama atau taraf
sosioekonominya.
Semua pesakit diberi jaminan bahawa maruah akan
dipelihara semasa menerima rawatan.
Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan
dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya.
Tertakluk kepada undang-undang.
Pesakit berhak mendapat penerangan terhadap penyakit
yang dihidapi. Rawatan dan prosedur yang dicadangkan baginya termasuk risiko dan
pilihan yang lain.
Catitan:
Pelanggan yang tidak berpuashati dengan perkidmatan yang diberikan,
diminta menghubungi ketua jururawat di 09-6090333 Ext:202
Untuk melaksanakan Piagam
Pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk :
Mematuhi peraturan Jabatan.
Menggunakan segala kemudahan yang
disediakan dengan bertanggungjawab.