SALAM PENGARAH

              Selamat datang ke Hospital Setiu, Terengganu. Hospital ini adalah salah satu hospital daerah yang moden dan lengkap bagi memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk daerah Setiu serta menjadi rujukan bagi klinik-klinik yang terdapat di daerah ini. Hospital ini merupakan hospital yang baru beroperasi selama lebih kurang 4 tahun. Namun begitu syukur alhamdulillah,  Hospital Setiu berjaya mendapat pengiktirafan Persijilan MS ISO 9001:2000 pada Mei 2006 dan ke arah untuk mendapat Persijilan Akreditasi. Semua ini akan menjadi peniup semangat kepada semua anggota kami untuk melaksanakan kerja dengan lebih efisien dan lebih berdaya saing bagi melahirkan anggota Kementerian Kesihatan yang cemerlang dari segala aspek.

             Kami akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada masyarakat di daerah ini dan memastikan taraf kesihatan masyarakat dapat ditingkatkan dan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan sejajar dengan maksud visi, misi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga visi, misi Hospital Setiu.

 

 

  "Hospital Setiu - Prihatin dan Profesionalisma"

  Dr. Nor Zilawati binti Endut
  Pengarah

  Hospital Setiu, Terengganu

   Email : drzila@trg.moh.gov.my