UNIT PATOLOGI

LOKASI

Unit Patologi merupakan salah satu unit sokongan klinikal. Unit ini mula beroperasi pada 7 Disember 2003. Unit Patologi mempunyai 4 anggota iaitu :

NAMA JAWATAN
Kosong Pegawai Sains (Kaji Kuman) C41
En. Mohamad bin Ismail Juru Tek. Makmal Perubatan U32
Pn. Halimah binti Bakar Juru Tek. Makmal Perubatan U29
Pn. Rosmalia binti Abd. Razak Juru Tek. Makmal Perubatan U29
Mohd AlRasyid bin Mohd Shafie Pem. Perawatan Kesihatan U3

Unit Patologi terletak di Aras 1, Blok Utama di antara Unit Farmasi dan Unit Rehabilitasi.

OBJEKTIF UNIT PATOLOGI

bullet

Memberi perkhidmatan yang efisyen dan berkualiti kepada pelanggan dengan meningkatkan kepakaran dan kecekapan.

bullet

Memberi perkhidmatan yang cepat dan tepat mengikut prosedur dan piawaian yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF KUALITI UNIT PATOLOGI

bullet

Memastikan keputusan ujian segera dikeluarkan dalam masa 90 minit.

bullet

Memastikan lebih daripada 90% ujian tidak segera dikeluarkan dalam masa 4 jam.

bullet

Memastikan lebih daripada 90% ujian profile dapat dikeluarkan dalam masa 2 minggu.

PIAGAM PELANGGAN UNIT PATOLOGI

bullet

Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang mesra dan sopan.

bullet

Setiap pelanggan akan diberi penjelasan mengenai ujian jika perlu.

bullet

Setiap contoh akan dikendalikan dan diuji mengikut prosedur dan piawaian yang telah ditetapkan.

bullet

Ujian-ujian stat akan diproses mengikut piawaiannya.

bullet

Semua maklumat pelanggan adalah sulit.

FUNGSI UNIT

bullet

Menawarkan perkhidmatan diagnostik iaitu menjalankan ujian terhadap spesimen pesakit bagi membantu pegawai perubatan membuat pendiagnosan dalam perawatan ke atas pesakit.

bullet

Membekalkan kontainer.

bullet

Penghantaran spesimen ke pusat rujukan.

bullet

Ujian dilakukan mengikut disiplin iaitu :-

           - Patologi Kimia

           - Hematologi

           - Mikrobiologi

           - Serologi

           - Transfusi (Tabung Darah)

 

CARA KENDALIKAN UJIAN

 

bullet

Melalui permohonan yang dilakukan oleh Pegawai Perubatan di Hospital Setiu atau rujukan hospital lain dan klinik kesihatan.

bullet

Permohonan transfusi darah dan ujian HIV menggunakan borang yang telah ditetapkan yang dilakukan oleh Pegawai Perubatan.

 

WAKTU PENERIMAAN SPESIMEN

 

 

JENIS SPESIMEN

MASA TERIMA TEMPAT TERIMA
Hari Bekerja Rutin 8.00 pg - 4.00 ptg Kaunter Makmal
Hari Minggu/PH STAT 24 jam Dalam Makmal

Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 09-6090333 samb. 142.