|
UNIT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK
PENGENALAN
Unit Pengimejan Diagnostik mula beroperasi pada Disember 2003. Unit pengimejan diagnostik dahulunya dikenali sebagai unit X-Ray. Pertukaran nama ini disebabkan unit ini memberi perkhidmatan yang belbagai selain daripada X-Ray biasa. Contohnya : CT Scan, MRI, Nukleur Medicine, Angiografi, Mamografi, Ultrasound dan Kardiografi.
Perkhidmatan yang ditawarkan : Pemeriksaan Radiografi biasa. Contohnya : Dada, Abdomen, Rangka Kepala, Ekstrimiti Atas dan Bawah, Spina Vertebra dan lain-lain. Pemeriksaan Rutin Perubatan (RME) boleh dibuat mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
Mengurangkan kadar pengulangan pemeriksaan X-Ray dengan memberi penerangan yang jelas dan difahami oleh pesakit tanpa mengabaikan aspek perlindungan radiasi.
PIAGAM PELANGGAN
PERJAWATAN
Anggota-anggota di unit :
KESELAMATAN
Tentunya anda tertanya-tanya adakah X-Ray ini selamat ?
Jawapannya SELAMAT kerana :
WAKTU PERKHIDMATAN
Ahad hingga Rabu : 8.00 am - 1.00 pm 2.00 pm - 4.45 pm
Khamis 8.00 am - 4.30 pm
# Perhatian : Kes-kes tenat dan kecemasan sahaja akan dilakukan selepas waktu pejabat, hari minggu atau kelepasan am bergantung kepada permintaan pegawai perubatan.
SEJARAH X-RAY
Sinar X telah ditemui oleh ahli fizik berbangsa Jerman iaitu Wilhem Conrad Roentgen pada 8 November 1895. Di Malaysia, radiografi diperkenalkan pada 3 Februari 1897.
APA ITU X-RAY?
X-Ray dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai sinar-X. Ia merupakan salah satu dripada sinaran electromagnet. Sinar ini mempunyai bentuk yang serupa dengan sinar cahaya biasa, inframerah dan gelombang radio. Yang berbeza cuma dari segi panjang gelombangnya sahaja. Sinar X mempunyai gelombang yang pendek.
BAGAIMANA X-RAY DIHASILKAN?
Ia dihasilkan apabila elektron bergerak pada kelajuan yang tinggi dan secara tiba-tiba berlaku perubahan dari segi kelajuan. Semua ini berlaku dalam sebuah tiub X-Ray. Rajah menunjukkan bagaimana sinar X terhasil di dalam tiub sinar X. Cahaya yang keluar selepas elektron melanggar sasaran anod akan ditukar kepada 98% haba dan hanya 2% sahaja kepada sinar X.
Radiasi boleh mendatangkan kesan samaada somatic ataupun non somatic kepada manusia. Oleh itu langkah-langkah perlindungan radiasi perlu diambil dan amat dititik beratkan di Unit ini. Antara langkah yang diambil ialah :
Kesan-kesan pada manusia yang boleh berlaku adalah seperti berikut :
Walaubagaimanapun, penggunaan sinar X di Unit Pengimejan adalah SELAMAT kerana :
ULTRASOUND
Ultrasound adalah satu lagi prosedur diagnostik yang termasuk di bawah pengurusan Unit ini. Prosedur ini menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis perubatan. Ia sering digunakan sebagai pemeriksaan selektif dan pemeriksaan tambahan terutama di dalam bidang Obstetric.
KEGUNAAN ULTRASOUND
GALERI UNIT PENGIMEJAN
Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 09-6090333 samb. 128, 129 & 130 atau emel kepada norasmini@trg.moh.gov.my |