|
UNIT REKOD PERUBATAN
LOKASI
Unit ini terletak di aras satu bangunan Blok Utama. Unit ini bersebelahan dengan Unit Pengimejan Diagnostik dan berhampiran Bilik Daftar Masuk.
OBJEKTIF
VISI UNIT
Mewujudkan Unit Rekod Perubatan sebagai pusat informasi dan dokumentasi pesakit.
MISI UNIT
Memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kepuasan pelanggan dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang.
FUNGSI PERKHIDMATAN
PERJAWATAN
Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir ( Rekod Perubatan ) N32
Anggota-anggota di unit :
WAKTU OPERASI
8.00 pagi hingga 4.45 petang - Ahad hingga Rabu 8.00 pagi hingga 4.30 petang - Khamis
PANDUAN PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN / POST MORTEM
1. Dimanakah permohonan Laporan Perubatan boleh dibuat ? Permohonan dan segala pertanyaan Laporan Perubatan hendaklah dibuat di Unit Rekod Perubatan.
2. Apakah jenis-jenis Laporan Perubatan yang boleh dipohon ? - Laporan Perubatan Biasa - Laporan Kematian / Post Mortem - Laporan Buruh 90 - Laporan Tuntutan Insuran ( Sila sertakan borang insuran ) - Laporan Tuntutan PERKESO ( Sila sertakan borang )
3. Bagaimana Laporan Perubatan boleh dipohon ? Permohonan Laporan Perubatan boleh dibuat seperti berikut:- - Datang terus ke Unit Rekod dan kemukakan borang permohonan dengan butiran lengkap. ( Borang permohonan boleh didapati di Unit Rekod Perubatan ) - Menghantar permohonan bertulis dengan butiran yang lengkap.
4. Apakah butiran lengkap yang diperlukan semasa permohonan ? Permohonan bertulis secara pos atau datang terus ke Unit Rekod Perubatan perlu mengemukakan dengan jelas butiran berikut : - Nama pesakit - No. Kad Pengenalan pesakit. ( Pesakit bawah 12 tahun sila isikan No. KP semasa menerima rawatan di hospital ) - Alamat yang lengkap dan terkini. ( Sila nyatakan no. telefon jika ada ) - Tarikh pesakit menerima rawatan / masuk wad. - No. Pendaftaran masuk wad ( Jika pesakit dimasukkan ke wad ) - Sila sertakan Surat Kebenaran pesakit mengeluarkan laporan perubatan. - Bayaran Laporan Perubatan. - Sila kemukakan bersama borang untuk pengisian laporan perubatan jika ada. ( Insuran / Buruh 90 / Perkeso )
# Perhatian : Permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan dilayan.
5. Adakah permohonan Laporan Perubatan dikenakan bayaran ? - Setiap permohonan Laporan Perubatan dikenakan bayaran sebanyak RM 40.00. - Permohonan Laporan Perubatan dari pihak polis dan Majikan Jabatan Kerajaan untuk kegunaan perkhidmatan adalah DIKECUALIKAN dari bayaran. - Bayaran boleh dibuat dalam bentuk Wang Tunai / Kiriman Wang / Cek dan dikemukakan bersama permohonan.
6. Berapa lamakah proses penyediaan Laporan Perubatan ? Proses penyediaan laporan Perubatan adalah dalam tempoh 14 HARI dari tarikh permohonan lengkap dan boleh diperolehi di Unit Rekod Perubatan atau dihantar secara pos.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung ditalian 09-6090333 samb. 118 atau emel kepada kamariah_ibrahim@trg.moh.gov.my
|